Thursday, August 21, 2008

Buat Blog Pinjam Laptop Kawan

Alaiahai susahnya takde laptop,nak buat blog pun kena pinjam kawan sesekali bimbang juga takut kawan marah.Dah la tu,cuba aply adsense nampak pulak pelik kodnya jangan-jangan dia ingat kawan saya punya blog maklumlah guna laptop sama.Minta-minta janganlah adsense aku dibatalkan kerana aku tak pernahpun klik sendiri..amin.Ya Allah selamatkanlah adsense aku ni,janganlah dia buat hal.Aku dah banyak habis duit belajar nak buat blog dan cuba dapatkan adsense.Somoga dia tak tipu aku.

Wednesday, August 20, 2008

Cerita Ibu Yang Malang

Cerita ini cerita benar yang saya peroleh dari seorang rakan ketika melawat ibu yang sakit di hospital.Kisah berkisar kepada seorang pesakit perempuan yang berada berhampiran dengan katil ibu saya yang sakit.Sedang saya duduk menjaga ibu ditepi katil telinga saya mendengar perbualan misi dan rakan saya tentang ibu tua berkenaan.Katanya perempuan itu mempunyai lima orang anak tiga lelaki dan dua perempuan.Sejak dia sakit anak sulungnya hanya datang melihat tak sampai lima minit lantas terus bergegas balik.Kata ceritanya anak sulung berkenaan sebenarnya anak kesayangan ibu tersebut tapi malang sikap anaknya yang pertama itu tidak mengenang budi.Walaupun sakit,ibu berkenaan selalu memuji dan bertanyakan anak sulungnya itu walaupun anak yang kedua sentiasa berada di sampingnya seperti tidak dihargai gayanya.

Sunday, August 17, 2008

Cerita Seorang Lelaki Ori

Assalamualaikum,hari ini saya nak menulis sedikit tentang cerita benar dari hati seorang lelaki tulis seperti saya.Tentu kaum hawa akan tersentuh sedikit hatinya jika membaca tulisan saya ini.Kalau begitu halnya saya mohon kemaafanlah ye..!!!Sebut sahaja lelaki tulis atau origanal tentulah ia akan berhasrat untuk mengahwini lebih dari seorang perempuan,mungkin dua,tiga atau empat dalam masa yang sama.Bagi seorang perempuan pula hal ini sangat-sangat menggeramkan walaupun begitu tidak semua perempuan berjiwa malang seperti itu malah masih ada isteri yang meminta suaminya berkahwin lagi kerana dia ingin bermadu untuk memperoleh janji Allah di Syurga.Salah seorangnya isteri saya la tu...dan yang peliknya apabila seorang isteri bersikap sedemikian saya menjadi sangat berhati-hati untuk mencari perempuan yang hendak dijadikan isteri kedua.Cuba anda bayangkan hampir 17 tahun isteri saya bertanya tentang "Bila dapat madu ni bang...???"Maka saya menjawab "Abang pastikan madu yang sayang inginkan tidak beracun.Selagi abang tak jumpa madu yang tulin untukmu maka abang tidak akan ambil madu sewenang-wenangnya kerana abang inginkan kebahagian dunia dan akhirat".Pernah satu ketika dulu saya bertemu perempuan yang jiwannya seiras isteri tersayang saya ini,hampir terjadi perkahwinan tetapi semasa isteriku ini meminangnya ayah kepada perempuan itu tidak bersetuju walaupu anaknya dan isteriku telah bersetuju bermadu.Saya tidak meneruskan hasrat walaupun tiga hati terguris iaitu saya,isteri solehah saya dan perempuan mulia itu.Sebab saya tidak akan berkahwin dua,tiga atau empat sekiranya perjalanan perkahwinan itu tiada restu wali perempuan.InsyaAllah akan tiba masanya saya akan mendapat isteri solehah kedua.

Friday, August 15, 2008

Kepala serabut

Huh..cuti sekolahpun kerja banyak,serabut betullah..ngapa banyak kerja.Tanya sendiri pada diri lepas tu jawablah sebab banyak kerja kerana awak hidup maka awak kena buat kerja banyak-banyak supaya dengan cara itu awak akan selamat dari dikerjakan sesudah awak tak datang kerja.Sebab yang seterusnya awak banyak kerja kerana awak cari kerja kalau tak nak kerja tak payahlah cari kerja..tidur aje lah..BOLEH ke?mana boleh beb..,tidurpun kerja juga iaitu KERJA TIDUR namanya.Bukan kah mak awak selalu marah kalau awak bangun lewat.Dia cakap macam ni..APA PUNYA BUDAK NI..TAK DE KERJA LAIN.....TIDUR AJE KERJANYA.Itu membuktikan bahawa TIDUR adalah kerja.Ini cerita benar tidak bohong tau...

Tuesday, August 5, 2008

Orang Kelantan Tamak

Apa khabar orang Kelantan?Tentu anda akan teruja jika anda membaca tulisan saya ini.Semua yang ditulis ini berdasarkan pemerhatian dan pergaulan saya dengan orang Kelantan selama 20 tahun.Agaknya apa yang telah berlaku itu telah cukup mengambarkan sikap orang Kelantan di negara ini.Tapi mungkin tidak kepada orang Kelantan yang beriman,tapi sepanjang pergaulan saya dengan orang Kelantan mereka kebanyakannya bersikap tamak,pentingkan diri sendiri,tidak menghormati pendapat orang lain,mementingkan puak mereka sahaja,tidak ikhlas dalam pergaulan,mungkir janji jika berurus niaga dengan mereka,pandai bermain kata-kata dan bermuka-muka.Saya beri contoh yang nyata tentang sikap asobiyah mereka ini,ia jelas kelihatan di pusat pengajian tinggi,di tempat kerja.Saya kira anda pernah mengalami apa yang selalu dialami oleh saya,apabila kita berkawan dengan mereka selalunya kita tidak kisah dan tetap dalam keadaan yang seimbang jika ada kawan kita yang lain datang tapi TIDAK bagi orang Kelantan kerana mereka akan meninggalkan anda jika rakan Kelantan mereka datang dekat mereka walaupun anda akan ditinggalkan keseorangan.BETULLLLLLLLLL

Monday, August 4, 2008

Cerita Pengetua dan Guru

Waktu ini saya sedang duduk dipondok depan sebuah sekolah rendah di Raub Pahang kerana sedang menunggu anak yang belajar kelas malam.Memang bagus juga guru di sekolah ini,buat kelas malam untuk pelajar UPSR tahun 2008 .Sedang saya duduk ni saya pun bukalah yang sentiasa saya bawa kehulu-kehilir dan saya guna internet tanpa wayar digi,pakai line handphone aje.Teringat saya nak buat satu blog tentang cerita-cerita masyarakat yang saya lalui setiap hari,memang sangat banyak tapi cerita yang pertama ini saya nak kongsi dengan tuan-puan berkaitan hal Pengetua sekolah Menengah dengan gurunya.Pengetua ni selalu poteng sekolah tapi apabila dia datang dia suka mencari kesilapan-kesipan guru-guru tertentu.Al kisah pada suatu hari perangainya telah sampai ketelinga pengarah,apa lagi dia mulalah menyiasat tentang perkara berkenaan kononnya guru yang melakukan "repot" tersebut adalah guru lelaki.Aa ke jadahnya nak cerita hal dia,cikgupun kerja melambak kalau dia dah malas janganlah nak salahkan orang pulak.Ceritanya panjang tau...